A p a r e c i u m
Obliviate ;
Le' Blog

Le' Owner
Le' Extra
Foods
Le' Credits

+ follow
Creatures;
//.MERDEKA @ Friday, August 31, 2012

image

I regret nothing about nothing ! Lol jk , so . Hari ni wana nak update sebab agak lama jugak lah tak update sebab busy + mak dengan abang asyik pakai comp je . nak pakai comp pun susah . Ni pun pukul 11 malam dah ni baru nak update , well nevermind asalkan dapat update betul takkkk ? 

Jadi , since dah start sekolah , wana rasa malas gila sebab nak sekolah . nak belajar lagilah malas . Tapi terpaksa rajinkan diri haha :P 

-Beep beep beep beep beep beep beep beep beep beep-

Err , hello .. hello ? Okay . sorry guys . Yang wana segala benda kat atas tu ditulis 5 hari sebelum sekarang . So pada 31 Ogos 2012 Wana sambung balik post ni sebab masa wana tengah type tu mak wana suruh wana tido . Grr , baru je nak tulis idea idea yang tersemat di dlm kepala otak ku ini . haha anyway , sebab dah ada chance boleh tulis blog , jadi wana pun tulsis lah . jap typo malas nak padam balik *tulis . haha

Ok , memandangkan wana tulis blog ni 31 Ogos , and atst Hari ni BIRTHDAY MALAYSIA jadi wana pun nak tulis sikitlah pasal Hari Kemerdekaan ni . *semangat patriotik en ? :p

Kita sudah merdeka daripada jajahan orang luar selama 55 tahun . Syukur kepada Ilahi kerana memberi kekuatan kepada askar-2 orang dahulu dan orang-2 yang berjasa kepada negara kita . Kalau kita fikir balik kan , orang dlu-2 ni sangat berani kerana sanggup lawan orang jepun dan orang british ni . Wana sangat kagum dengan mereka . Orang orang melayu zaman dulu , sanggup berjuang demi tanah air mereka . Tapi tgklah zaman sekarang , orang melayu punah . Wana nak mintak maaf kalau wana cakap macam tu , tapi bagi apa yang wana nampak di sekeliling wana , melayu memang tak macam dlu . 

Hang Tuah pernah berkata ''takkan hilang melayu di dunia'' tapi pada yang sama ''Melayu mudah lupa'' betul tak ? kenapa melayu mudah lupa ? sebab sesetengah orang melayu ni , tak amik kisah langsung pasal negara diorg ni . Wana bukan nak kata yang wana ni bagus , cukup ilmu , beragama lah sangat . Tidak , wana hanya mengeluarkan pendapat wana . Apa yang wana lihat dekat facebook sekarang ni kan , Ya Allah tatau nak cakap apa . MEMANG TERUK SANGAT ! yang wana pelik , agama ISLAM tetapi...nauzubillah perangai mereka . Gejala sosial di negara malaysia ni makin berleluasa . Dan ini bermakna kita tak bebas lagi ! Sebab apa ? sebab kita masih terikat dengan budaya budaya barat ! Kita tak bebas lagi !

Wahai Melayu melayu di atas muka bumi ini , tidakkah kamu ingat jasa jasa tokoh-tokoh yang pernah memberi sumbangan yang besar terhadap negara ini ? Siap kutuk lagi ! Siap baling bendera Malaysia , DIPIJAKNYA lagi . HINA SANGAT KE ? Sampai malu nak kibarkan bendera masa nyanyi lagu lagu patriotik . Sampai tak nak pegang bendera Malaysia tu . awak jijik sangat ke ngan malaysia ni hah ? awak jijik sangat kau pergi keluar dari negara ni la !Hey awak tu warganegara malaysia . Takyah nak perasan lah awak tu dari negara orang luar . Awak nak tau ? masa awak lahir jugaklah kat malaysia , masa sekolah pun kat malaysia . Walaupun Malaysia ni agak ketinggalan , tapi dekat negara Malaysia la tempat awak selamat dilahirkan ! Fikir fikir lah sikit ! Jangan sampai org panggil awak tu kurang berakal !

Okay, enough of this . Wana agak marah dekat penduduk Malaysia dan juga merupakan KAWAN wana sendiri pergi kutuk Malaysia sebab dia fikir negara yang dia pernah duduk tu lagi bagus . 

Tadi petang wana ada tengok movie ''Apa Dosa Ku'' . kay movie tu memang best + sedih . Cerita tu mengisahkan seorang wanita yang bernama Sybil Kathigasu . Dia ni seorang jururawat manakala husband dia seorang Dr . Dia kena tahan dengan orang jepun sebab diorg merawat orang gerila iaitu komunis . *jepun tak suka komunis . And then Sybil kena siksa oleh org jepun sampai lah Sybil cedera teruk , tapi tu pun kena siksa lagi sampailah Sybil dilepaskan tetapI Sybil kena hukuman penjara seumur hidup . *tak tau kenapa lol . lepastu ape tah jadi then dia dapat anugerah ape tah -wana beri fokus kpd filem tu tpi lupa lol- then Sybil mati akibat terlalu sakit sebab kesan dari siksaan org jepun . Kesian kan ? korang patut tgk :(

So penutup entri ni wana nak ucapkan Happy Independence Day Malaysia ! Thank you Wira-2 Malaysia ! Sujud syukur kepada ALLAH ! ok thats all bye . I love Malaysia <33